[03/06, 11:07 pm] +60 19-362 4583: MESIR BAKAL ‘DIKOSONGKAN’
Mungkin tahun 2020 ini bakal menjadi Sejarah dan Peristiwa besar bagi pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Dunia dilanda wabah Corona sejak awal tahun lagi. Mesir antara negara yang tertinggi bilangan keseluruhan kes. Kenaikan kes baru hari ke hari semakin meningkat ketika ini. Setakat ini sahaja kes keseluruhan telah mencecah 27,000 kes dan angka kematian telah melebihi 1000 kematian. Allah.
Hampir separuh daripada 10,000 ribu pelajar Malaysia di Mesir telah pun pulang ke Malaysia menaiki pesawat yang disewa khas oleh agensi swasta. Kos dan pembiayaan ditanggung oleh pelajar sendiri kira-kira hampir 4000 Ringgit Malaysia hanya untuk ONE WAY. Untuk pulang semula ke Mesir akan datang mungkin memerlukan sekitar 2000 Ringgit Malaysia. Berbaki 5000 ribu lagi pelajar yang masih terkandas di Mesir kerana masalah kewangan yang tidak mencukupi.
Ramai pelajar yang telah membuat keputusan untuk pulang dan tidak akan kembali lagi ke Mesir. Barang-barang peribadi telah dikargokan menggunakan kapal laut. Peralatan asas rumah sewa telah dijual dan diwakafkan. Seolah-olah memberi isyarat bahawa tiada lagi bayang-bayang dan kesan tapak kaki di Bumi Mesir. Sayu. Tapi inilah hakikat yang perlu diterima. Tidak tahu sampai bila keadaan ini berterusan. Mungkin memakan masa sehingga bertahun! Demi menjaga nyawa, mereka pulang dan terpaksa memutuskan akad rumah sewa. Kalau diteruskan sudah pasti setiap bulan mereka perlu membayar sewa tanpa penghuni entah sampai bila.
Dilema yang tiada kesudahan. Sudah pulang ke Malaysia entah bila pula akan kembali ke Mesir. Tidak mustahil selepas ini semua pelajar akan diarahkan pulang dan mengosongkan bumi Mesir ini kerana penempatan pelajar Malaysia telah pun disahkan sebagai kawasan RED ZONE. Ramai pelajar yang pulang disahkan positif covid19 tanpa simptom oleh pihak KKM. Apa pula nasib mereka yang masih terkandas di Mesir?
Di dalam kesusahan mereka ada yang lebih susah dan perit untuk ditelan oleh pelajar-pelajar Maahad Qiraat Shobra Mesir. Dikala 1 dunia menangguhkan pengajian dan peperiksaan akhir semester, pihak Maahad mereka tetap berkeras untuk menjalankan peperiksaan pada bulan Julai ini. Bayangkan ketika ini sahaja sudah 27,000 kes, bagaimana pula akan datang? Jangka masa yang lama itu akan membuatkan mereka terdedah kepada virus Corona yang tidak dapat dilihat oleh mata.
Peperiksaan di Universiti Azhar kesemuanya dibatalkan dan digantikan dengan esaimen. Hanya pelajar tahun akhir dan pelajar Maahad Qiraat sahaja yang terpaksa mengharungi hidup bersama Corona kerana peperiksaan mereka tetap dijalankan seperti biasa. Bukan mereka tidak mahu pulang. Mereka dalam dilema yang tiada penghujung. Jika mereka pulang dan tidak mengambil peperiksaan mereka akan gagal serta merta dan perlu mengulang semula tahun semasa. Mereka terpaksa datang semula ke Mesir dan memerlukan kos yang tinggi.
Setiap hari memikirkan apa hikmah yang tuhan sembunyikan di belakang cerita ini. Keputusan yang sulit untuk pelajar Azhar sama ada pulang dan sambung pengajian di Malaysia ataupun pulang dan kembali semula ke Mesir yang entah bila pun tiada jawapannya.
MESIR BAKAL DIKOSONGKAN. Kata-kata ini cukup membuatkan hati ini sayu, menangis tanpa air mata.
KAHERAH MESIR,
9.30 AM
2 JUN 2020
[03/06, 11:24 pm] +60 19-362 4583: Kami Jawatankuasa MISI BANTUAN MAHASISWA MESIR (MBMM) Memohon Sumbangan Tuan Puan Untuk Membawa Balik Pelajar Malaysia Yang Terperangkap Di Mesir Akibat Wabak Covid 19 Sekitar LIMA RIBU ORANG!!.
⭐ Penasihat:
1) Dato Suhaimi Ibrahim (Pemegang Amanah
Yayasan Sayang Malaysia)
2) Prof Dr Mansor Mohd Noor
(Institut Kajian Etnik KITA – UKM)
3) Us Mohd Nazrul Abd Nasir
(Timbalan Pengerusi 2 Yayasan Al Azhar Al Thani)
4) Us Che Abd Majid (Pendakwah & Mantan Pensyarah UIA)
⭐ Pengarah: Us Hairul Nizam Mat Husain (Pusat Pengajian Ruwaq Jawi)
Tim Pengarah: Sdr Mohd Taufik Abd Razak (Kelab Sukarelawan Al-Hijrah Kota Warisan)
Setiausaha: Hj Roslan Mat Tahar
(Pertubuhan Istiqomah Al-Hijrah Kota Warisan)
Bendahari: Sdr Mohd Hariran Jusuh (Yayasan Sayang Malaysia).
⭐ AJK:
- Us Ammar Mustaffa – Ruwaq Jawi
- Hj Hasbullah Mat – Istiqomah
- Hj Abu Bakar Ahmad – Istiqomah
🤲 Kami merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk membantu membawa balik anak-anak kita yang terkandas dan menderita akibat wabak Covid 19 di Mesir.
😔 Kami memohon sumbangan daripada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin bagi membantu membawa anak-anak kita pulang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan susulan.
🙂 Sumbangan tuan puan boleh disalurkan terus kepada:
Akaun Maybank Yayasan Sayang Malaysia bernombor:
564052114334
🤔 Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dengan cara menghubungi:
1) Us Hairul Nizam Mat Husain – 011 588 76218
2) Sdr Hariran Jusuh – 012 911 1039
3) Sdr Mohd Taufik Abd Razak – 017 969 3711
4) Us Ammar Mustaffa – 013 415 7517
🤝 Inisiatif prihatin ini adalah dengan kerjasama:
1) Yayasan Sayang Malaysia
2) Yayasan Al Azhar Al Thani
3) Pusat Pengajian Ruwaq Jawi
4) Pertubuhan Istiqomah Al-Hijrah Kota Warisan
5) Kelab Sukarelawan Al-Hijrah @ SURAH.
✍️ Segala transaksi atas tujuan murni ini hendaklah dimaklumkan kepada Us Hairul Nizam Mat Husain (http://www.wassap.my/+201156104149) dan Sdr Mohd Taufik Abd Razak (http://www.wassap.my/+60179693711) sebagai simpanan rekod kami.
🤲 Semoga Allah menerima segala sumbangan Tuan Puan dan menjadikan ia sebagai sebab kepada keberkatan hidup Tuan Puan di dunia dan akhirat. Amin.
[03/06, 11:30 pm] +60 19-362 4583: Mohon sama2 kita bantu viralkan ..usaha yg di buat pelajar2 d mesir dan NGO2 malaysia utk bantu 5,000 pelajar Msia d Mesir…
Jom kita …viralkan

