Firdaus Wong.

Saya menyarankan agar pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) & juga muallaf yang disebut dalam posting menyaman individu ini kerana keceluparannya yang mempersoalkan niat dia memeluk Islam seolah-olah muallaf itu ditipu atau ditekan oleh pihak TLDM untuk memeluk Islam.

Bukan itu sahaja. Individu ini juga mempersoalkan apakah muallaf ini memeluk Islam kerana mahukan pangkat atau kerana perempuan atau kerana duit dan berlagak nak menjadi hero kerana menawarkan perkhidmatan kaunseling dan bantuan undang-undang kepada muallaf itu? Apakah ini cubaan mengajak kepada kemurtadan?

Andai ini adalah percubaan mengajak kepada kemurtadan maka bukankah ianya merupakan kesalahan jenayah?

Individu ini juga merupakan setiausaha Gabungan Seni Khat Action Team yang membantah pengajaran Jawi.

Mendambakan perhatian?

Sesiapa yang kenal muallaf dan individu di dalam gambar yang ditularkan di individu ini, sarankan kepada mereka untuk menyaman dan kami di Multiracial Reverted Muslims – MRM sanggup membiayai kos guaman untuk membantu muallaf itu.

Bukan dia sahaja yang ada peguam kerana kami juga mempunyai peguam untuk membantu kes-kes begini. Kos guaman MRM akan tanggung.

-Firdaus Wong Wai Hong-